Ahad, 17 Julai 2011

sedih tengok penyokong Malaysia bila club barat datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Tadi sempat tengok perlawanan bola sepak persahabatan antara Harimau Malaya menentang kelab Liverpool. Tapi agak sedih lah bila tengok satu stadium dipenuhi dengan warna merah.Mana penyokong-penyokong Malaysia?Memang lah Liverpool baru first time datang main dekat Malaysia ni tapi takkan semangat sangat sampai lupa kepada team negara sendiri kot.Tak salah kalau pakai jersi Malaysia then nak sorak untuk kedua-dua team.Kata patriotik dan semangat cintakan negara yang tinggi.

Kalau aku jadi player Malaysia pun sedikit sebanyak moral akan down.Tengok semua orang pakai baju team lawan padahal main dekat tempat sendiri.Tak kisah la lawan team mana-mana pun.Bak kata arwah Mokhtar Dahari  "If You're Ashamed To Stand By Your Colours, You Better Seek For Another Flag!".Makan dalam betul ayat arwah Mokhtar Dahari ni.Dulu agak-agak time Malaysia lawan Arsenal dekat Stadium Merdeka tu penyokong ramai pakai baju Malaysia ke ramai pakai baju Arsenal?

Apa-apapun tahniah untuk pasukan team Malaysia kerana berjaya membolosi gol Liverpool sebanyak 3 kali walupun kalah 3-6.Lepas ni kena fokus untuk lawan Singapore pulak 23 Julai ni.Jom layan video-video gol match tadi tapi dalam Bahasa Arab.Layan je la.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan